Lawatan Kerja ke Arkib Negara
Lawatan ke Arkib Negara yang diadakan pada 6 April 2023 telah diketuai oleh Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM bersama dengan Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Puan Hanuzah Omar, Ketua Jabatan Jabatan Maklumat Kesihatan, Encik Mohd Faizor Hj. Hassan, Puan Nora Shasheela Abdullah, Puan Afiza Atan dan Cik Siti Hajar Jusoh. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea tentang cara penyimpanan rekod, kepentingan dan Tatacara Pelupusan Rekod Am, Kewangan & Maklumat Kesihatan Pesakit HCTM.


