Lawatan HUSM ke HCTM

22 Jul 2022

Seramai 6 orang delegasi daripada Hospital USM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’. Dr. Ab Rahman Izaini Ghani@Ab Ghani, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Canselor Muhriz pada 19 Julai 2022 yang lepas. Delegasi telah disambut mesra oleh En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM dan beberapa orang pegawai kanan. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengoperasian linen di HCTM . Penerangan mengenai pengoperasian dan pengurusan linen telah disampaikan oleh Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu. Selepas sesi perbincangan, delegasi dibawa melawat dan melihat pengoperasian linen di Blok Klinikal.

Search

+