Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) bagi Klinikal dan Sokongan Klinikal
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) sedang dalam proses untuk Pembangunan Klasifikasi Fail HCTM berdasarkan Klasifikasi Fail Urusan Am daripada Arkib Negara Malaysia. Sehubungan itu, JPFB telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) untuk Klinikal dan Sokongan Klinikal pada 14, 15 dan 16 Oktober 2024 bertempat di Bilik Siswazah Lanjutan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Tingkat 2, Blok Klinikal, HCTM. Bengkel turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu iaitu Puan Zuraidah Konil, Encik Mohd Faizor Hj. Hassan, dan semua Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan bagi jabatan-jabatan klinikal dan sokongan klinikal di HCTM. Taklimat telah sampaikan oleh Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar, UKM.

