Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrahmannirrahim.
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu HCTM. Laman web ini ditubuhkan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada semua kakitangan dan orang awam berkaitan struktur, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini. Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu atau yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pentadbiran Am dan Bahagian Governan dan Pentadbiran KKL, menyediakan perkhidmatan dalam menguruskan kemudahan kakitangan meliputi urusan perubatan, tempahan tiket kapal terbang, kemudahan telefon bimbit, tempahan ruang, pakaian seragam, Taska dan lain-lain.
Semoga laman web ini dapat memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk mengakses maklumat dan memudahkan kakitangan mencapai Borang Perkhidmatan yang diperlukan.
Terima kasih.