Lawatan Penanda Aras Hospital Canselor Tuanku Muhriz Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

14 Aug 2026

Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 03 Ogos 2026. Lawatan ini bertujuan melihat kemudahan, fasiliti serta pengurusan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di PPUM, pengurusan perjawatan kakitangan TASKA serta mendapatkan perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan kemudahan dan perkhidmatan bagi pesakit serta pelawat Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, lawatan ini turut bertujuan mengenal pasti cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di HCTM serta memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu antara kedua-dua hospital.

Search

+