Tahniah – Puan Shazlin Tajuddin
Tahniah – Puan Shazlin Tajuddin menerima Anugerah Bitara Prakarsa Kategori Individu – Pentadbiran pada 13 November 2025 sempena Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Majlis ini merupakan kemuncak sambutan Hari Kualiti HCTM 2025, yang bertujuan mengiktiraf individu serta pasukan cemerlang dalam pelbagai bidang berkaitan kualiti. Sebanyak 54 anugerah dalam pelbagai kategori telah disampaikan kepada penerima yang layak sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi mereka dalam memperkukuh budaya kualiti di HCTM.
