LAWATAN PENANDA ARAS BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDAPATAN, PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima lawatan penanda aras dari Bahagian Pembangunan Pendapatan, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) pada 24 September 2025 (Rabu). Delegasi diketuai oleh YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) bersama dua (2) orang pegawai dari JANA@UKM. Sesi perbincangan dimulakan dengan kata aluan oleh YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) seterusnya taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBrs. Puan Rohaya Ismail, Ketua Jabatan JPFB.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang pengurusan dan pengoperasian semasa Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) HCTM, serta meneroka idea bagi memperkasa perancangan penubuhan TASKA UKM yang lebih holistik dan inklusif. Sesi lawatan diakhiri dengan melawat TASKA, HCTM bagi melihat sendiri operasi dan pengurusan TASKA secara langsung.
#HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier






