Hari Kemaskini Tanggungan & Klinik Panel
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia (JSM), HCTM telah mengadakan Hari Kemaskini Tanggungan & Klinik Panel bertempat di Ruang Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar pada 29 Julai 2025. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memudahkan kakitangan membuat pertukaran Klinik Panel, mengemaskini maklumat tanggungan ke dalam Sistem HRMIS selain mendapatkan info-info berkenaan jabatan secara terus.





