Pelaksanaan Kaedah Baharu Secara Pas Bulanan Bagi Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Bangunan Bertingkat HCTM

22 Oct 2024

Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan tempat letak kenderaan bertingkat, Hospital Canselor Tuanku Muhriz menggunakan kaedah bayaran tanpa tunai telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2024 dengan pengenaan kadar bayaran sebanyak RM2.00 per entry. Bagi menjamin kebajikan kakitangan kaedah baharu secara pas bulanan dijangka akan dilaksanakan pertengahan bulan November 2024.

Sehubungan itu, kakitangan yang berminat untuk menukar kaedah daripada bayaran secaraper entry kepada pas bulanan boleh mengisi google form melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScj-S4b7Z1VStxNPfEjqlxjuzYr9JI_armIJ4p–rJbdpHUXw/viewform bagi tujuan inactive kaedah yang sedia ada mulai 18 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Puan Nora Shasheela Abdullah atau Encik Ahmad Faizal Mohd Ariffin ditalian sambungan 5102/ 5109. Sekian, terima kasih.

 

Search

+