Sesi Latihan Kebakaran Taska HCTM

18 Jul 2024
Sesi Latihan Kebakaran anjuran Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak telah diadakan di Taska HCTM, hari ini membabitkan 70 orang kanak-kanak Taska dan 14 orang tenaga pengajar. Latihan ini diadakan bertujuan sebagai persediaan menghadapi situasi yang tidak dijangka, selain memastikan tenaga pengajar dan kanak-kanak tidak panik dan bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan. Kanak-kanak Taska turut berpeluang menaiki jentera Bomba. Selain itu, turut diadakan sesi taklimat kebakaran yang disampaikan oleh Encik Mohamad Suffize Majid, Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur dan Encik Mohd Nasir Ahmad Malik, wakil Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak. Turut hadir ialah Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu dan warga HCTM.

Search

+