Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) HCTM Siri 2/2024
Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu (JPFB) sedang dalam proses untuk pembangunan klasifikasi fail HCTM berdasarkan klasifikasi fail Urusan Am daripada Arkib Negara Malaysia. Sehubungan itu, JPFB telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) pada 10, 11 dan 14 Jun 2024 bertempat di Bilik Siswazah Lanjutan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Tingkat 2, Blok Klinikal, HCTM. Bengkel turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu iaitu Puan Zuraidah Konil, Encik Mohd Faizor Hj. Hassan, Puan Nora Shasheela Abdullah dan semua Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan bagi jabatan-jabatan pentadbiran di HCTM. Taklimat telah sampaikan oleh Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar, UKM.

