Tahniah – JPFB Menjadi Johan Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66

5 Sep 2023

Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66. Kategori pertandingan terbahagi kepada Fakulti, Institut, Pusat/ Jabatan dan Kolej Kediaman.

Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mengambil bahagian dan dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Pusat Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyampaian hadiah telah disampaikan pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2023 yang lalu.

 

 

Search

+