Kutipan Sumbangan untuk Program Bingkisan Rahmah 2023

6 Apr 2023

Program Bingkisan Rahmah 2023 anjuran Pejabat Pengarah HCTM akan diadakan pada 18 April 2023. Program ini diadakan untuk memberi peluang warga HCTM menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya kepada pesakit-pesakit di HCTM.

Sebagai menyokong usaha ini, Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu telah mengadakan kutipan sumbangan. Sumbangan terkumpul telah disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal Mohd Ariffin mewakli Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu kepada Puan Nazwin Azmira Nafikudin, Penolong Pendaftar Kanan Unit Governan dan Pentadbiran, Pejabat Pengarah HCTM.

 

 

Search

+