PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA AKREDITASI MSQH
Hospital Canselor Tuanku Muhriz akan menghadapi Akreditasi MSQH pada 7-9 Februari 2023. Sebagai persediaan, Program Gotong Royong Perdana Sempena Akreditasi MSQH telah diadakan pada 26 Januari 2023. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah meliputi kerja-kerja pembersihan , mengecat, keceriaan tangga yang sesuai dan papan tanda/ tanda arah sekitar HCTM.
Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara warga HCTM dalam melaksanakan aktiviti, meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga HCTM dalam menjaga kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Turut hadir adalah Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pendaftar HCTM, Puan Zuraidah Konil, Ketua Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, Ketua-ketua Jabatan HCTM dan seramai 200 orang kakitangan yang telah turut serta. Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu merupakan Urusetia bagi program ini.

