Program Jom Fabrik 2.0 2022
Program Jom Fabrik 2.0 HCTM telah dirasmikan pada 9 Ogos 2022 yang lalu bertujuan untuk mendidik generasi muda khususnya mahasiswa dan mahasiswi, kakitangan serta pesakit HCTM mengenai kepentingan mengitar semula fabrik terpakai di samping berkeupayaan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kitar semula.
Sehubungan dengan itu, warga HCTM dijemput menyumbangkan fabrik terpakai seperti pakaian, sarung bantal, selimut, kasut, cadar, tualan, beg atau yang berkaitan dengannya. Barangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam Tong Jom Fabrik yang telah disediakan di hadapan Blok Asrama Jururawat.

