Taska HCTM di Marry Brown
Bandar Sri Permaisuri, 15 Ogos 2022 – Seramai 21 kanak-kanak bersama 7 orang pendidik daripada Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mengadakan aktiviti menyambut Hari Lahir di Marry Brown Q Avenue Bandar Sri Permaisuri. Acara memotong kek, menari dan menyanyi bersama maskot, aktiviti games, dan pemberian goodies telah diaturkan oleh pihak Marry Brown. Aktiviti ini telah ditaja oleh Puan Jenny Ngam. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Taska Hospital Canselor Tuanku Muhriz dahulunya dikenali sebagai Taska PERMATA Pusat Perubatan, UKM telah ditubuhkan pada awal tahun 1998 dan dikategorikan sebagai taska di tempat kerja.

