Khidmat Masyarakat
Bahagian Governan Dan Pentadbiran Jabatan Pendaftar, (KKL) berhasrat memberi sumbangan kepada Persatuan Hydrocephalus Malaysia. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan persekolahan di persatuan berkenaan. Melalui program Back to School ini juga, Yayasan Hydrosephalus Negara (YHN) akan mendaftar keahlian pesakit hidrosefalus supaya matlamat membantu pesakit dan ahli keluarga pesakit akan dapat diuruskan dengan lebih efisien lagi pada masa hadapan. Semoga pelaksanaan progam ini mencapai matlamatnya disamping dapat mengekalkan perhubungan diantara pesakit, ahli keluarga pesakit dengan Yayasan Hydrosephalus Negara (YHN) dan Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia (PPHM). Program ini dinamakan sebagai Back to School, bermula pada pada 5 Disember 2018 (Rabu) sehingga 15 Disember 2018 (Sabtu) melibatkan negeri di Semenanjung Malaysia yang terdapat pesakit Hidrosefalus.