The 2nd Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) Workshop

31 Oct 2025

Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi serta Unit Upper GI & Bariatrik Surgeri telah berjaya menganjurkan The 2nd Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) Workshop di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Bengkel ini bertujuan memberikan latihan teori dan praktikal kepada pakar serta pakar pelatih Gastroenterologi mengenai teknik ESG – iaitu satu prosedur endoskopi terkini yang menawarkan pendekatan tidak invasif dalam rawatan obesiti, khususnya bagi pesakit dengan sindrom metabolik dan penyakit hati berlemak.

Penganjuran bengkel ini telah dipimpin oleh pakar-pakar terkemuka dalam bidang masing-masing, iaitu Dr. Deborah Chew (Pakar Perunding Gastroenterologi), Prof. Datuk Dr. Nik Kusai (Pakar Perunding Bedah Upper GI), dan Dr. Loo Guo Hou (Pakar Bedah Upper GI). Kehadiran dan kepakaran mereka telah memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memastikan bengkel ini berlangsung dengan jayanya.

Isu obesiti di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan, apabila Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa hampir 50% populasi dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes (30.4% berlebihan berat badan dan 19.7% obes). Malaysia juga dikenal pasti sebagai negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Fenomena ini turut meningkatkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung serta penyakit hati berlemak, sekali gus memberi cabaran besar kepada sistem kesihatan negara.

Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini bukan sahaja relevan tetapi juga kritikal dalam menyediakan kepakaran tempatan bagi menangani isu obesiti yang semakin meningkat.

Kejayaan bengkel ini turut memberi impak besar kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM kerana ia memperkukuh peranan pusat sebagai hab latihan dan rujukan dalam bidang endoskopi canggih. Pada masa yang sama, ia melonjakkan imej HCTM sebagai hospital akademik yang berupaya menawarkan rawatan inovatif sejajar dengan standard antarabangsa. Lebih luas lagi, kejayaan ini juga memberi impak positif kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana ia menonjolkan UKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang berperanan aktif dalam melahirkan pakar perubatan bertaraf global, memperkukuh reputasi universiti dalam bidang penyelidikan klinikal, serta meningkatkan visibiliti UKM di peringkat serantau dan antarabangsa.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM

2 May 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM telah diadakan pada Jumaat (18 April 2025). Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja Endoskopi serta menghargai sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan HCTM dan rakan kolaboratif. Ia juga menjadi platform menghargai kerjasama pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan operasi pusat endoskopi. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kemesraan, mencerminkan semangat kekeluargaan serta kesepaduan warga HCTM. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi serta tokoh akademik seperti Professor Raja Affendi turut menyerikan majlis dan memperkukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan endoskopi yang cemerlang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Profesor Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Dekan Fakulti Perubatan Sunway Universiti, Professor Raja Affendi Raja Ali, Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Prof. Dr. Faisal Abdul Hamid, dan Timbalan Ketua Pusat Endoskopi, Dr. Fahrol Fahmy Jaafar.

Sekalung Penghargaan – Dr. Nur Afdzillah Abdul Rahman

13 Dec 2024

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nur Afdzillah Abdul Rahman atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Tahniah – Prof. Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid

13 Dec 2024
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz berkuatkuasa 6 Disember 2024 hingga 5 Disember 2027.

Majlis Penyerahan Sistem Electronic Medical Report (EMR) Pusat Perkhidmatan Endoskopi

14 Nov 2024

Satu lakaran sejarah tercipta buat Pusat Perkhidmatan Endoskopi pada tahun ini apabila  Sistem Eletronik Medical Report telah boleh digunakan mulai Ogos yang lalu bagi menggantikan sistem permohonan prosedur dan laporan yang sebelum ini dibuat secara manual. Dengan adanya sistem yang baharu ini, doktor dan kakitangan  boleh membuat permohonan prosedur secara atas talian dan semua laporan prosedur Endoskopi boleh diakses secara atas  talian.

Pada 8 November 2024, pada Majlis Serahan Sistem Eletronik Medical Report, pihak Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur telah menyerahkan sistem ini kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Pusat Perkhidmatan Endoskopi mengucapkan terima kasih kepada wakil Bahagian Teknologi Maklumat KKL, iaitu ketua projek EMR Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Pn.Tengku Norliza Tn.Mohd Ghazali, dan pasukan beliau yang telah mengusahakan sistem ini.

HCTM UKM SSD Case Mentoring  Workshop

14 Nov 2024

Pada 23 dan 25 Oktober 2024 yang lalu,  HCTM UKM SSD Case Mentoring  Workshop telah dianjurkan buat kali ketiga di Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM. Sebagai kesinambungan  bengkel  yang lalu,  bengkel kali ini dianjurkan bagi memantapkan lagi tahap kemahiran prosedur perkhidmatan EMR, ESD dan POEM.

Bengkel ini telah menjemput  doktor pakar dari peringkat antarabangsa  (speaker and trainer) iaitu  Prof. Dr. Hon Chi Yip, pakar daripada The Chinese University Of Hong Kong Sar, China. Bengkel dihadiri oleh doktor pakar dari Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Unit Colorektal surgeri dan Unit Upper G.I & Bariatric Surgeri.

Penganjur utama ialah Pusat Perkhidmatan Endoskopi, bersama-sama dengan rakan kolaborasi iaitu CREO MEDICAL, serta OLYMPUS dan MICRO-TECH ENDOSCOPY telah menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah diterajui oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai bin Nik Mahmood.

EMR & ESD  Workshop

6 Jun 2024

Pada 31 Mei 2024 yang lalu telah berlansung buat kali kedua penganjuran EMR & ESD  Workshop di Pusat Endoskopi HCTM Sebagai kesinambunagn workshop yang lalu  bagi memantapkan lagi tahap kemahiran prosedur EMR DAN  ESD.

CREO MEDICAL selaku rakan kolaborasi  bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM bertindak sebagai penganjur kursus yang diketuai oleh Dr.Nur Afdzillah Binti Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah Berjaya menjalankan kursus ini selama 2 hari yang berakhir pada 1jun 2024.Berkonsepkan “Case Mentoring dan Animal Hands-on”.

Kursus ini telah menjemput  International  speaker and trainer iaitu Dr.Mohan Ramchandani dan A/Prof.Parit Mekaroonkamol  dan Dr.James Emmanuel dari hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Malaysia. Seramai 10 peserta dari serata Malaysia telah menyertai kursus ini.

 

 

1st SSD (Speedboat Submucosal Dissection) Mentoring Workshop

4 Jan 2024

Pada 18 Disember 2023, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah mengadakan satu bengkel bertajuk 1st SSD (Speedboat Submucosal Dissection) Mentoring Workshop . Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa orang doktor pakar seluruh Malaysia. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan latiihan hands on penggunaan alatan terapeutik prosedur ESD dan POEM terkini dikenali sebagai speedboat.

 

The 1st UKM Endoscopic Ultrasound Workshop 2023

22 Jun 2023

Pada 16 Jun 2023 yang lalu, The 1st UKM Endoscopic Ultrasound Workshop 2023 telah diadakan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Bengkel ini telah melibatkan seramai 7 tenaga pengajar atau Fasilitator Eus yang terbaik dari serata Malaysia dan seramai 22 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel yang telah diadakan selama 2 hari dari 16 Jun hingga 17 Jun 2023.  Pelancaran model endoskopik Ultrasound skop yang terbaru iaitu Olympus EU-ME3 turut diadalan dalam program ini.

Objektif penganjuran bengkel EUS ini adalah :

  1. Memberi didikan dan menaiktaraf pengetahuan pelatih serta konsultant muda gastroenterologi tentang endoskopik ultrasound.
  2. Fasilitasi latihan `hands-on’ kepada spektrum kes endoskopik ultrasound yang terdiri daripada kes mudah untuk anatomi basik kepada kes yang komplek.
  3. Memperkasakan setiap konsultant muda dengan ilmu endoskopik ultrasound yang secukupnya.

3rd GI DOPS workshop 2023  ‘COLONOSCOPY TIPS & TRICKS’

25 May 2023

Pada 8 Mac 2023 yang lalu,  3rd GI DOPS workshop 2023  ‘COLONOSCOPY TIPS & TRICKS’ telah dijalankan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Tingkat 1 HCTM. Program merupakan anjuran Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan HCTM bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM berkolaborasi  dengan MSGH Malaysia.

Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Datin Dr.Marina Md Baki Timbalan pengarah Timbalan Dekan, Perkongsian Industri & Komuniti, Fakulti Perubatan UKM. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada doktor-doktor prasiswazah tahun 3 dari seluruh Malaysia telah menghadiri bengkel ini. Seramai 12 orang consultant  dari bahagian gastroenterologi dan Colorectal Surgeri dari seluruh Malaysia telah di jemput bagi melancarkan pengendalian Program Direct Observation ini.

 

1 2 3 4

Search

+