IBD Preceptorship Workshop

11 Oct 2022

Pada 29 hingga 30 September 2022, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah mengadakan program ‘IBD Preceptorship‘. Program ini adalah anjuran bersama Malaysian Society of Gastroenterology and Hepatology (MSGH) dan National Gastroenterology & Hepatology Training Committee. Program yang berlangsung selama 5 hari (26 hingga 28 September 2022 berlangsung di Pusat Perubatan Universiti Malaya) ini bertujuan memberikan pendedahan mendalam kepada pakar pelatih gastroenterologi berkenaan bidang Inflammatory Bowel Disease. Di HCTM, pelbagai siri ceramah & diskusi telah disampaikan oleh pakar-pakar perunding Gastroenterologi, Radiologi dan Patologi. Sesi latihan intestinal ultrasound & pemerhatian endoskopi juga telah berjaya diadakan.

Semoga program ini memberi manfaat & mencapai objektifnya. Jutaan terima kasih juga kepada semua kakitangan Endoskopi yang terlibat.

Search

+