DIGESTIVE & LIVER DAY 2017 DI PUSANIKA, UKM ,BANGI
Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi ,Hospital Canselor Tunku Muhriz, Perubatan UKM akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017 , peringkat UKM pada tarikh dan tempat berikut: –
Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Masa : 8.30-3.00 petang
Tempat : Aras 5 & Aras 6, Pusanika,UKM, Bangi.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada kakitangan dan pelajar UKM serta orang ramai mengenai penyakit usus dan hati .
Pelbagai aktiviti pameran dijalankan seperti :
- Saringan untuk mengesan penyakit Kanser Kolorektal secara percuma
- Menjalankan Ujian Hepatitis B dan C kepada orang ramai secara percuma
- Ujian untuk mengesan penyakit hati (prosedur Fibroscan) secara percuma
- Forum Ekslusif dan Ceramah berkenaan penyakit usus dan hati yang dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan.
- Jualan Vitagen
Dijemput semua hadir untuk pemeriksaan tahap kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar yang berkenaan penyakit usus dan hati.