Demonstrasi Prosedur Endoskopi Teknologi A.I
Pada 24 Ogos 2022, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah menjalankan sesi demostrasi prosedur endoskopi yang dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence (A.i). Teknologi A.i adalah program teknologi terkini digunakan dalam diagnosis pesakit bagi mengesan dan menilai tahap peratusan tisu yang berpotensi sebagai sel tidak normal. Beberapa doktor pakar daripada Surgeri dan Perubatan (Gastroenterologi) telah menghadiri sesi demonstasi ini yang di bawa oleh AI Medical Service Inc.



