1ST NATIONAL GIA ENDOSCOPY WORKSHOP
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM akan menganjurkan 1st National Gastro Intestinal Assistant (GIA) Endoscopy Workshop, yang akan berlangsung pada 20 sehingga 21 Julai 2017. Program ini adalah yang julung kali diadakan di Malaysia yang memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pencucian dan penjagaan peralatan perubatan terutama endoskop mengikut kualiti standard yang lebih maju dan terkehadapan dan sesuai dengan standard WHO.
