Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada warga Pusat Perkhidmatan Endoskopi.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada warga Pusat Perkhidmatan Endoskopi.
Selamat bersara dan terima kasih kepada JT Junita Rasida.
Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi serta Unit Upper GI & Bariatrik Surgeri telah berjaya menganjurkan The 2nd Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) Workshop di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Bengkel ini bertujuan memberikan latihan teori dan praktikal kepada pakar serta pakar pelatih Gastroenterologi mengenai teknik ESG – iaitu satu prosedur endoskopi terkini yang menawarkan pendekatan tidak invasif dalam rawatan obesiti, khususnya bagi pesakit dengan sindrom metabolik dan penyakit hati berlemak.
Penganjuran bengkel ini telah dipimpin oleh pakar-pakar terkemuka dalam bidang masing-masing, iaitu Dr. Deborah Chew (Pakar Perunding Gastroenterologi), Prof. Datuk Dr. Nik Kusai (Pakar Perunding Bedah Upper GI), dan Dr. Loo Guo Hou (Pakar Bedah Upper GI). Kehadiran dan kepakaran mereka telah memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memastikan bengkel ini berlangsung dengan jayanya.
Isu obesiti di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan, apabila Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa hampir 50% populasi dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes (30.4% berlebihan berat badan dan 19.7% obes). Malaysia juga dikenal pasti sebagai negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Fenomena ini turut meningkatkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung serta penyakit hati berlemak, sekali gus memberi cabaran besar kepada sistem kesihatan negara.
Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini bukan sahaja relevan tetapi juga kritikal dalam menyediakan kepakaran tempatan bagi menangani isu obesiti yang semakin meningkat.
Kejayaan bengkel ini turut memberi impak besar kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM kerana ia memperkukuh peranan pusat sebagai hab latihan dan rujukan dalam bidang endoskopi canggih. Pada masa yang sama, ia melonjakkan imej HCTM sebagai hospital akademik yang berupaya menawarkan rawatan inovatif sejajar dengan standard antarabangsa. Lebih luas lagi, kejayaan ini juga memberi impak positif kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana ia menonjolkan UKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang berperanan aktif dalam melahirkan pakar perubatan bertaraf global, memperkukuh reputasi universiti dalam bidang penyelidikan klinikal, serta meningkatkan visibiliti UKM di peringkat serantau dan antarabangsa.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM telah diadakan pada Jumaat (18 April 2025). Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja Endoskopi serta menghargai sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan HCTM dan rakan kolaboratif. Ia juga menjadi platform menghargai kerjasama pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan operasi pusat endoskopi. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kemesraan, mencerminkan semangat kekeluargaan serta kesepaduan warga HCTM. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi serta tokoh akademik seperti Professor Raja Affendi turut menyerikan majlis dan memperkukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan endoskopi yang cemerlang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Profesor Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Dekan Fakulti Perubatan Sunway Universiti, Professor Raja Affendi Raja Ali, Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Prof. Dr. Faisal Abdul Hamid, dan Timbalan Ketua Pusat Endoskopi, Dr. Fahrol Fahmy Jaafar.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nur Afdzillah Abdul Rahman atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.
Satu lakaran sejarah tercipta buat Pusat Perkhidmatan Endoskopi pada tahun ini apabila Sistem Eletronik Medical Report telah boleh digunakan mulai Ogos yang lalu bagi menggantikan sistem permohonan prosedur dan laporan yang sebelum ini dibuat secara manual. Dengan adanya sistem yang baharu ini, doktor dan kakitangan boleh membuat permohonan prosedur secara atas talian dan semua laporan prosedur Endoskopi boleh diakses secara atas talian.
Pada 8 November 2024, pada Majlis Serahan Sistem Eletronik Medical Report, pihak Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur telah menyerahkan sistem ini kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Pusat Perkhidmatan Endoskopi mengucapkan terima kasih kepada wakil Bahagian Teknologi Maklumat KKL, iaitu ketua projek EMR Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Pn.Tengku Norliza Tn.Mohd Ghazali, dan pasukan beliau yang telah mengusahakan sistem ini.
Pada 23 dan 25 Oktober 2024 yang lalu, HCTM UKM SSD Case Mentoring Workshop telah dianjurkan buat kali ketiga di Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM. Sebagai kesinambungan bengkel yang lalu, bengkel kali ini dianjurkan bagi memantapkan lagi tahap kemahiran prosedur perkhidmatan EMR, ESD dan POEM.
Bengkel ini telah menjemput doktor pakar dari peringkat antarabangsa (speaker and trainer) iaitu Prof. Dr. Hon Chi Yip, pakar daripada The Chinese University Of Hong Kong Sar, China. Bengkel dihadiri oleh doktor pakar dari Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Unit Colorektal surgeri dan Unit Upper G.I & Bariatric Surgeri.
Penganjur utama ialah Pusat Perkhidmatan Endoskopi, bersama-sama dengan rakan kolaborasi iaitu CREO MEDICAL, serta OLYMPUS dan MICRO-TECH ENDOSCOPY telah menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah diterajui oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai bin Nik Mahmood.
Pada 31 Mei 2024 yang lalu telah berlansung buat kali kedua penganjuran EMR & ESD Workshop di Pusat Endoskopi HCTM Sebagai kesinambunagn workshop yang lalu bagi memantapkan lagi tahap kemahiran prosedur EMR DAN ESD.
CREO MEDICAL selaku rakan kolaborasi bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM bertindak sebagai penganjur kursus yang diketuai oleh Dr.Nur Afdzillah Binti Abdul Rahman yang juga merupakan Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah Berjaya menjalankan kursus ini selama 2 hari yang berakhir pada 1jun 2024.Berkonsepkan “Case Mentoring dan Animal Hands-on”.
Kursus ini telah menjemput International speaker and trainer iaitu Dr.Mohan Ramchandani dan A/Prof.Parit Mekaroonkamol dan Dr.James Emmanuel dari hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Malaysia. Seramai 10 peserta dari serata Malaysia telah menyertai kursus ini.

Pada 18 Disember 2023, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah mengadakan satu bengkel bertajuk 1st SSD (Speedboat Submucosal Dissection) Mentoring Workshop . Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa orang doktor pakar seluruh Malaysia. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan latiihan hands on penggunaan alatan terapeutik prosedur ESD dan POEM terkini dikenali sebagai speedboat.