Jom… Berkumpulan
PENINGKATAN JATI DIRI KAKITANGAN DI PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI
PENGENALAN
Program Sanggar Kerja ini dijalankan adalah untuk meningkatkan jati diri dan semangat berpasukan kakitangan Pusat Perkhidmatan Endoskopi selain membincangkan berkenaan penambahbaikan perkhidmatan dan pengajaran di Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Ini sejajar dengan motto PPUKM kearah perkhidmatan yang lebih berkualiti , cemerlang dan terkini. Selain itu , program sanggar kerja ini diadakan juga adalah kerana bagi memberi ruang untuk kakitangan dan pakar yang terlibat membincangkan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan dan pengajaran serta pendidikan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan lebih teratur .
OBJEKTIF
- Merupakan satu program yang akan dijalankan setiap tahun , yang membolehkan setiap perkara dapat dibincangkan bersama-sama kakitangan dan pakar perubatan,bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.
- Memberi peluang kepada kakitangan untuk memberikan pendapat dan buah fikiran bagi menaikkan nama Pusat Perkhidmatan Endoskopi khasnya dan jua seterusnya Pusat Perubatan UKM amnya.
- Memberikan pendedahan kepada kakitangan supaya dapat menambahkan pengetahuan dan dapat menjadi seorang kakitangan yang dapat mengharumkan nama Pusat Perubatan UKM.
- Dapat menguatkan jati diri dan semangat bekerja berpasukan kakitangan dalam menguruskan perkhidmatan kepada pesakit serta dalam meningkatkan kualiti kerja , serta pengajaran dan penyelidikan.
- Mengadakan majlis penyampaian anugerah bagi Anugerah Pekerja Cemerlang di Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Acara ini diadakan setiap kali sanggar kerja dijalankan, ini kerana bagi menaikkan lagi motivasi kakitangan untuk bekerja dengan lebih baik dan efisyen.Perlantikan kakitangan ini berdasarkan undian oleh pakar-pakar serta kakitangan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi ini.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat : Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sagap
Ahli Jawatankuasa Sanggar Kerja :
- Tuan Haji Kusai Haji Alias (Pengerusi)
- AMO Shahril Azwan Asri
- AMO Mohd Irwandi Ismail
- Puan Norzaliza Zahari
PENINGKATAN JATI DIRI (TEAM BULIDING)
Urusetia : Pelatih Majlis Sukan Negara
MAKLUMBALAS MASTER SURGERY ENDOSCOPY HANDS ON WORKSHOP
AMO En Zulkifli Mohd Zain
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MASTER SURGERY ENDOSCOPY HANDS ON WORKSHOP
Prof.Madya Datuk Dr Ismail Sagap
PROGRAM FORUM HARI TERBUKA BERSAMA PELANGGAN
Prof.Madya Datuk Dr Ismail Sagap
LAPORAN AHLI JAWATAKUASA PELAKSANA
Laporan Peningkatan Jati Diri (team buliding)
Urusetia : Pelatih Majlis Sukan Negara
Program team building ini dijalankan pada 29 November 2014 , masa 2.30 petang dengan program jungle tracking sepanjang 3 sehingga 5 km di kaki Gunung Ledang, Saujana Asahan , Jasin , Melaka.Urusetia yang dilantik adalah bekas komando iaitu En Jamal dari Majlis Sukan Negara yang guide kumpulan peserta di dalam hutan.Kami didedahkan dengan pelbagai jenis tumbuhan hutan dan juga cara untuk survival di dalam hutan.Pengalaman amat menarik apabila kami mendapat pelbagai pengalaman disamping meringankan dan menenangkan fikiran dari kesibukan kerja.
Program team building yang kedua ialah Flying fox dan abseiling, yang kami jalankan pada hari kedua iaitu 30 November 2014 masa 8.30 pagi.Pengalaman menarik ialah peserta ditekankan dengan sifat berani melakukan sesuatu dan tidak takut dengan cabaran.Ini penting bagi peningkatan jatidiri untuk bekerja di dalam keadaan stress atau tertekan, supaya kakitangan tidak menjadi panik dan sentiasa tenang dalam mengendalikan sesuatu masalah.Malah aktiviti ini juga dapat menguatkan lagi sifat bantu membantu di kalangan peserta serta membuang sifat sombong dan pentingkan diri sendiri.
Maklumbalas Master Surgery Endoscopy Hands on Workshop
AJK : AMO Zulkifli Mohd Zain
Dibentangkan oleh AMO Zulkifli Mohd Zain bagi dua tahun iaitu tahun 2013 dan 2014.
Attachment Master Surgery ini akan diberi log book iaitu mereka mesti melakukan prosedur sekurang kurangnya 10 kes Kolonoskopi dan OGDS.Selain kes sampingan lain seperti EUS SAUS,ERCP dan Manometry.Selain dari attachment program master surgery, attachment yang melibatkan pakar bedah, doctor dan GIA (Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan ) ada yang hadir ke Pusat Perkhidmatan Endoskopi untuk menjalani latihan praktikal.
Menurut AMO Zulkifli peratusan besar attachment master surgery adalah dari dalam kampus dan sebanyak 45 maklumbalas yang telah dikumpulkan. Kebanyakan maklumbalas adalah positif.Tetapi ada juga yang memberi pendapat dan komen penambahbaikan iaitu meminta agar dapat ditambah kes-kes Colonoscopy dan OGDS.Selain itu , mereka juga meminta agar tenaga pengajar yang dilantik dapat menyediakan satu seisi pengajaran sehari dalam seminggu semasa latihan dijalankan. Disamping itu kebanyakan mereka juga meminta agar pengurusan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi dapat menyediakan makan tengahari kepada peserta latihan.
Masalah lain dalam pembentangan dari AMO Zulkifli ini adalah persaingan peserta latihan dengan pelatih dalaman kampus yang kadang-kadang tidak memberi peluang kepada peserta untuk melakukan prosedur endoskopi.Masalah ini akan dapat diatasi dengan memberi keutamaan kepada peserta latihan dan akan mengedarkan memo kepada semua yang terlibat.
Cadangan Penambahbaikan Master Surgery Endoscopy Hands On Workshop
AJK : Prof .Madya Datuk Dr Ismail.sagap
Pengerusi mesyuarat, Prof Madya Datuk Dr. Ismail Sagap memberi cadangan dan menetapkan bahawa latihan ini boleh dijalankan setiap minggu (Isnin- Jumaat) mengikut jadual yang akan diberikan.Bilangan kehadiran peserta setiap minggu pula mestilah tidak melebihi 3 orang dan tidak kurang dari 2 orang.Keutamaan diberikan kepada pelajar master surgery tahun 3 dan 4 dahulu.Setiap attachment wajib membuat kes minimum sebanyak 10 kes dan jika tidak memenuhi criteria dan syarat maka beliau meminta agar mereka akan mengulang semula latihan.Setiap hujung tahun pengurusan Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan menjemput setiap peserta yang layak untuk mengikuti latihan ini.Setiap peserta yang menarik diri di waktu akhir perlulah memilih semula minggu yang kosong dan tidak boleh memotong jadual orang lain.
Pengerusi juga mencadangkan agar pengurusan Pusat Perkhidmatan Endoskopi dapat menyediakan makanan seperti roti,mentega, biskut dan air bagi peserta latihan ini dan menyediakan ruang kepada mereka.
Terdapat juga doktor dari hospital luar yang berminat untuk menjalani latihan Hands On di Pusat Perkhidmatan Endoskopi ini, tetapi pengerusi meminta mereka meminta melalui pengurusan Pusat Perubatan UKM dahulu iaitu perlulah menghantar surat dan mengikut prosedur yang dibenarkan.Keutamaan memang diberikan kepada master surgery UKM,USM , UM dan UIA sahaja.
Menurut pengerusi lagi setiap kes yang dilakukan mestilah ada pantauan dari pakar perunding yang mempunyai lessen dan tidak membenarkan kes dibuat tanpa kehadiran pakar.
PROGRAM FORUM HARI TERBUKA BERSAMA PELANGGAN
Pengerusi :Prof.Madya Datuk Dr Ismail Sagap
Pengerusi mesyuarat meneruskan dengan agenda seterusnya iaitu perbincangan berkenaan hari terbuka bersama pelanggan untuk Pusat Perkhidmatan Endoskopi.Program ini dijangka akan diadakan pada tahun 2015.
Beliau mencadangkan bahawa hari untuk perlaksanaan dipilih pada hari Isnin , waktu 9 pagi sehingga 12 tengahari kerana hari Isnin adalah hari ramai pesakit yang hadir untuk temujanji klinik.tempat perlaksanaan programa adalah di Lobi Utama Bangunan Klinikal.
Antara pengisian yang mesti ada di dalam Forum Hari Terbuka Bersama Pelanggan Pusat Perkhidmatan Endoskopi ini adalah Forum, pameran poster,Demonstrasi video OGDS dan Kolonoskopi, pengambilan sample UBT dan M2pk serat diadakan juga seisi pengajaran.Penyertaan adalah percuma.
Consultant yang perlu terlibat dan dilantik adalah Prof. Madya Dr Raja Affendi Raja Ali dari Unit Gastroenterologi dan pakar-pakar bedah dari unit Hepatobiliary, Upper GI dan Kolorektal.Surat perlantikan perlulah diberikan kepada mereka yang terlibat.
Selain itu pengerusi juga ada melantik Ahli jawatankuasa bagi membantu melancarkan perjalanan program ini.Nama yang dilantik adalah Committe , Puan Eliza Nadia,Puan Kasnira Asbi Husdi dan AMO Zulkifli serta sekreteriat adalah Puan Norzaliza Zahari. Pengerusi meminta agar AJK yang dilantik dapat membuat pengiklanan dan hebahan berkenaan aktiviti ini di dalam dan luar PPUK
Pengerusi juga mencadangkan bahawa menyediakan pelbagai risalah berkenaan prosedur yang dijalankan di Pusat Perkhidmatan Endoskopi bagi memberi pengetahuan kepada pelanggan.Selain itu maklumat yang tepat juga dapat disampaikan kepada pesakit terutama berkenaan caj dan prosedur.
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Program ini diadakan pada :
Tarikh : 29-30 NOVEMBER 2014
Hari : Sabtu sehingga Ahad
Tempat : Kem Saujana Asahan, Jasin , Melaka
KUMPULAN SASARAN /PESERTA
Peserta sanggar kerja ini adalah terdiri daripada kakitangan Pusat Perkhidmatan Endoskopi dan Pakar-Pakar yang terlibat dengan prosedur Endoskopi, iaitu kakitangan seramai 20 orang termasuk pakar-pakar.
Kakitangan : 17 Orang
Pakar-Pakar : 3 Orang



