CME EYEMAX (USER TRAINING)2026

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 -Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama MedicPro Health Care Sdn.Bhd telah mengadakan satu bentuk latihan penggunaan dan pengendalian EyeMax . Seramai 23 orang kakitangan pusat telah didedahkan secara terperinci tentang cara pengedalian mesin tersebut. Latihan bersemuka ini amat penting agar kualiti serta ketepatan visual dan proses rawatan tidak terganggu apabila telah mula digunakan.
Dalam prosedur ERCP, ketepatan visual memainkan peranan yang sangat kritikal dalam menentukan diagnosis dan rawatan yang tepat
Sebelum ini, penilaian banyak bergantung kepada imaging tidak langsung. Namun dengan EyeMax, doktor kini mempunyai keupayaan untuk melakukan visualisasi secara terus ke dalam saluran hempedu dan pankreas.
Dilengkapi dengan resolusi tinggi serta working channel, eyeMax membolehkan pelbagai intervensi dilakukan secara serentak termasuk pengambilan sampel tisu (biopsy), penyingkiran batu (stone removal) serta penilaian struktur saluran dengan lebih terperinci.
Reka bentuknya yang fleksibel dan mudah dikendalikan juga menyokong kecekapan prosedur, sambil meningkatkan tahap keyakinan klinikal dalam membuat keputusan.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan ketepatan diagnosis, malah membantu mempercepatkan rawatan yang lebih efektif dan bersasar.

