Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM

2 May 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM telah diadakan pada Jumaat (18 April 2025). Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja Endoskopi serta menghargai sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan HCTM dan rakan kolaboratif. Ia juga menjadi platform menghargai kerjasama pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan operasi pusat endoskopi. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kemesraan, mencerminkan semangat kekeluargaan serta kesepaduan warga HCTM. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi serta tokoh akademik seperti Professor Raja Affendi turut menyerikan majlis dan memperkukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan endoskopi yang cemerlang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Profesor Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Dekan Fakulti Perubatan Sunway Universiti, Professor Raja Affendi Raja Ali, Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Prof. Dr. Faisal Abdul Hamid, dan Timbalan Ketua Pusat Endoskopi, Dr. Fahrol Fahmy Jaafar.

Search

+