Ibd Preceptorship Programme

7 Apr 2023

Pada 16-17 Mac 2023 bertempat di bilik seminar Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah berlangsung Program Ibd Preceptorship Programme  yang melibatkan lebih kurang 8 orang doktor pakar.  Program adalah anjuran Unit Gastroenterology, Jabatan Perubatan HCTM bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Seramai 3 orang pesakit terlibat dalam program ini yang memerlukan pesakit untuk menjalani kolonoskopi bersama teknik pengwarnaan atau dikenali sebagai chromoendoscopy.

Chromoendoscopy ialah teknik endoskopik yang menggunakan pengwarnaan semasa endoskopi untuk menyerlahkan perbezaan dalam mukosa, serta perubahan displastik dan malignan yang tidak jelas dalam cahaya putih. Chromoendoscopy digunakan untuk meningkatkan kadar pengesanan untuk pelbagai proses patologi semasa endoskopi. Chromoendoscopy sering digunakan dalam pengawasan esofagus untuk Barrett esofagus, penilaian polip dalam kolon, dan pengawasan displasia dalam penyakit radang usus (IBD). Methalin blue dan Indigo carmine merupakan bahan yang digunakan sebagai bahan pengwarnaan

Berikut adalah gambar aktiviti program yang telah dijalankan.

 

 

 

Search

+