Digestive & Liver Day 2017

5 Jan 2017

Unit Gastroeneterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017, peringkat PPUKM pada tarikh dan tempat berikut: –

Tarikh            :          12 Januari 2017 (Khamis)

Masa               :           8.30-3.00 petang

Tempat           :           Lobi Utama, PPUKM.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai mengenai penyakit kronik hati hepatitis B. Disamping itu, ujian saringan percuma turut diadakan untuk mengesan virus hepatitis B dengan pengambilan darah.

Digestive & Liver Day 2017 merupakan  satu mekanisma bagi memperkenalkan gaya hidup sihat dan sejahtera kepada semua. Melalui aktiviti yang sihat, mampu melahirkan komuniti sejahtera. Maka penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kesihatan usus dan hati di kalangan warga kerja PPUKM, para pesakit dan juga orang awam.

Search

+