SAMBUTAN HARI JANTUNG SEDUNIA 2026.

17 Nov 2026

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menganjurkan Sambutan Hari Jantung Sedunia 2026 pada 14 November 2026 dengan bertemakan 𝐷𝑜𝑛’𝑡 𝑀𝑖𝑠𝑠 𝑎 𝐵𝑒𝑎𝑡 , bertempat di Pusat Latihan dan Kemudahan PPP UKM Tanjung Karang yang menekankan kepentingan menjaga kesihatan jantung serta mengenali tanda-tanda amaran penyakit jantung.

Majlis telah dirasmikan oleh Tok Penghulu dan wakil Ketua Unit Kardiologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Dr. Mohd Shawal Faizal Mohamed.

Sambutan ini menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala serta mengawal faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan paras kolesterol.

Kerjasama Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan juga turut ada dalam program ini, ceramah pemakanan kesihatan bagi penjagaan jantung yang sihat oleh Pegawai Dietetik En. Muhammad Azif Azizi Bin Md Noh, terdapat juga nasihat kaunseling pemakanan individu dan pemeriksaan lemak tubuh di Booth Dietetik yang dijalankan oleh Pegawai Dietetik En. Abd Rahman Abd Kadir, Cik Nur Wahidayu, Pn. Ameira Binti Azlan, Pn. Nur Liza Fetri Binti

Mat Rani serta dibantu Cik Nurin Afrina.

Marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan jantung serta dapat mencegah kerana mencegah lebih baik dari mngubati.

Sayangi jantung kita, hargai setiap degupan.

 

 

Penulis: Muhammad Azif Azizi Bin Md Noh.

 

 

Search

+