Misi

JPDSM beriltizam menyediakan perkhidmatan, pendidikan, pembelajaran serta penyelidikan yang berkualiti menerusi kakitangan yang komited dan berkemahiran serta efisyen sejajar dengan keperluan pelanggan.

Visi

Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan (JPDSM) beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan dietetik dan sajian makanan pesakit selaras bagi menjadikan HCTM pusat kepakaran pelbagai disiplin, khusus dalam menyediakan perkhidmatan, pendidikan, pembelajaran serta penyelidikan.

Objektif Jabatan

1. Menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal yang berkesan dari segi kos dan perawatan pesakit kepada semua pesakit yang dirujuk di dalam wad dan di klinik pesakit luar oleh pegawai perubatan HCTM sahaja.

2. Memastikan produk pemakanan (produk enteral dan sajian berkhasiat) serta perkhidmatan berkaitan diberikan pada tahap kualiti yang memuaskan kepada semua pesakit dan pelanggan.

Objektif Kualiti Jabatan

  1. Memastikan pengeluaran makanan mematuhi permintaan diet dari wad. Petunjuk Prestasi :
    • a) Proses mula tray line mematuhi 100% ketepatan masa.
    • b) Menu yang dihidangkan adalah 85% menepati menu harian yang telah diluluskan JPDSM.
    • c) Jumlah bilangan tray yang dikeluarkan adalah 100% menepati permintaan diet dari wad.
    • d) Jenis diet yang dikeluarkan menepati 100% permintaan dari wad (dengan 0.1% ralat dibenarkan).
  2. Memastikan kes-kes baru yang dirujuk dengan rujukan yang lengkap bagi pesakit dalam wad diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan. Petunjuk Prestasi : 85% pesakit yang dirujuk diambil tindakan dalam tempoh 1 hari/ 24 jam hari bekerja selepas rujukan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan.
  3. Memastikan pengeluaran produk enteral memenuhi keperluan pesakit dalam wad. Petunjuk Prestasi :
    • a) Pembekalan produk ke wad mencapai 100% dari segi kuantiti.
    • b) Memastikan 100% borang permintaan produk enteral telah mendapat pengesahan pegawai dietetik.