Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir kepada Kakitangan HCTM
Program Khidmat Masyarakat ‘Majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir kepada Kakitangan HCTM’ anjuran Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan (JPDSM) telah diadakan pada 07 Mac 2022 yang lalu, di Dewan Advanced Surgical Skills Centre, HCTM. Seramai 17 orang kakitangan HCTM telah telah menerima sumbangan tersebut. Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir kepada Kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah diserahkan oleh Yang Berusaha Puan Nurul Liza Mohamad (Ketua Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan) ,Yang Berusaha Encik Kuek Po Guan (Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak), Yang Berusaha Encik Sha’ari Yusoff (Pegawai Khas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak) dan Yang Berusaha Puan Jumeah Selamat (Pengarah Urusan/ Kewangan LIVE Consistent Sdn Bhd).
Pihak JPDSM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang berikut yang telah menyumbangkan wang tunai, bahan makanan dan peralatan/perkakas elektrik.
- Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
- LIVE Consistent Sdn Bhd
- Aleya Hijab
- Kakitangan dan pesara JPDSM
- Orang awam
Diharapkan program khidmat masyarakat ini dapat meringankan sedikit musibah yang menimpa mangsa banjir.
Penulis: Muhammad Azif Azizi Bin Md Noh











