Program Penambahbaikan Jabatan

1 Apr 2022

Pada 2 Mac 2022 yang lalu, Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan, HCTM telah mengadakan Program Penambahbaikan Jabatan. Program ini disertai oleh 28 orang ahli jabatan. Program dimulakan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis dan ceramah motivasi dari Ustaz Bakhtiar Fitri dan disertai dengan Pembentangan Kajian Kepuasan Kakitangan Bekerja Di JPDSM 2021.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:-

  1. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah kepuasan bekerja di jabatan.
  2. Mengemukakan cadangan penambahbaikan dalam meningkatkan kepuasan bekerja dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja di kalangan kakitangan.

Pihak jabatan berharap dengan terlaksananya program ini dapat memberikan impak prestasi kerja yang positif kepada semua kakitangan.

Penulis: Muhammad Azif Azizi Bin Md Noh

 

Search

+