Program Garam #sedaptaksemestinyamasin

26 Dec 2019

Pada 8 Oktober 2019, Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan telah menganjurkan program pemakanan sihat bertajuk ‘Garam #sedaptaksemestinyamasin‘ bertempat di Auditorium Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) PPUKM.

Objektif program ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui amalan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif. Di samping itu, program ini juga berperanan dalam menyebarluas kempen pemakanan sihat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun ini yang bertemakan ‘Garam/Sodium’ di peringkat HCTM.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan kakitangan HCTM dan UKM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :

  1. Sesi senamrobik
  2. Ceramah ‘Adakah Tekanan Sarah Saya Ok?’ oleh Prof. Madya Dr. Norashikin A. Wahab (Pakar Endokrin HCTM)
  3. Ceramah ‘Garam’ oleh Pn. Noor Fathiyah Che Kassim (Pegawai Dietetik HCTM)
  4. Sesi interaktif bersama pegawai dietetik.

Program Komuniti di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu

8 May 2019

Pada 20 April 2019 Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan dengan kerjasama Live Consistant Sdn Bhd (LICO) telah menganjurkan program komuniti bertempat di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang.

Program berbentuk khidmat masyarakat ini merupakan program tahunan JPDSM dan kali ini menyasarkan golongan anak-anak yatim dan asnaf. Objektif program ini adalah bagi menjalinkan silaturahim antara Hospital Canselor Tuanku Muahriz (HCTM) dengan masyarakat luar, menambah keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang memerlukan serta meringankan beban pengusaha pertubuhan kebajikan yang terlibat.

Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang ini dihuni oleh anak-anak yatim dan asnaf zakat yang berumur dari 1 tahun sehingga 17 tahun. Jumlah penghuni lelaki adalah seramai 35 orang manakala penghuni perempuan adalah seramai 22 orang.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :

  1. Senaman pagi
  2. Ceramah motivasi oleh PU Johani (untuk anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah)
  3. Fun activity (untuk anak-anak berumur 3 hingga 7 tahun)
  4. Sambutan ulang tahun kelahiran anak-anak yatim dan asnaf
  5. Penyampaian sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan kepada anak-anak yatim, asnaf dan pengusaha rumah kebajikan.

Seminar Pemakanan Sihat: ‘Pinggan Sihat’

14 Mar 2019

JPDSM telah menganjurkan Seminar Pemakanan Sihat yang bertajuk ‘Pinggan Sihat’ pada 28 Ogos 2018 bertempat di Lobi Utama PPUKM. Tajuk ‘Pinggan Sihat’ dipilih adalah bertujuan menerangkan kepada masyarakat umum tentang pemakanan seimbang berdasarkan saiz porsi yang betul.

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang seminar ini adalah :

1. Ceramah

2. Demo Penyediaan Resipi Sihat

3. Jualan Makanan Sihat

4. Analisis Lemak Tubuh

5. Jualan Buku

Seminar ini telah dihadiri oleh staff dan pelawat HCTM.

Seminar on Short Bowel Syndrome

14 Mar 2019

Pada 17 Julai 2018, pihak Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan telah menganjurkan Seminar on Short Bowel Syndrome (SBS) bertempat di Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal Pusat Perubatan UKM.

Ceramah telah disampaikan oleh Pakar Surgeri (Dr. Luqman), Pegawai Farmasi (En. Ong Ee Yan), Pegawai Dietetik (Cik Nilsiswati & Puan Nor Liza Fetri) dan Pegawai Agama (Ustaz Hasrizal). Antara topik-topik yang telah disampaikan adalah:

1.Overview of SBS
2.Parenteral Nutrition of SBS
3.Dietary Management of SBS
4.Stoma Care
5.‘Ibadah Ketika Sakit’
6.Patient Sharing Experience

Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia telah dihadiri oleh pegawai perubatan, pegawai dietetik, jururawat serta lain-lain pengamal perubatan dari HCTM dan hospital-hospital luar.

Semoga segala ilmu yang diperolehi dalam seminar tersebut dapat memberikan manfaat kepada peserta-peserta yang hadir.

Search

+