Program Komuniti Gotong-royong Madrasah Hidayatul Islamiah

14 Mar 2019

Satu program komuniti gotong-royong membersihkan kawasan Surau Madrasah Hidayatul Islamiah, Bandar Tun Razak telah diadakan pada 12 Mei 2018. Ia merupakan program julung kali diadakan oleh pihak Jabatan Dietetik & Sajian Makanan HCTM dengan kerjasama Jawatankuasa Madrasah Hidayatul Islamiah.

Objektif program ini diadakan adalah bagi menjayakan salah satu program tahunan JPDSM iaitu program komuniti, memupuk semangat kerjasama antara ahli JPDSM serta menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat. Ia telah disertai oleh 27 orang ahli jabatan dan 15 orang ahli jawatankuasa dan kariah surau.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah kuliah pagi oleh ustaz, gotong-royong membersihkan kawasan surau dan penyampaian sumbangan iaitu wang tunai serta telekung, hasil kutipan dari ahli JPDSM.

Program ini dilihat telah memberikan faedah kepada JPDSM, pihak Madrasah Hidayatul Islamiah dan penduduk setempat.

Majalah iSihat : Sarapan Ringkas Padat Nutrisi

18 Apr 2018

‘Sarapan pagi sangat penting diambil selepas berpuasa sepanjang malam. Jika tidak, ia seperti sebuah kereta yang dipandu tanpa minyak. Selain sebagai sumber tenaga, sarapan pagi yang mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B, protein dan serat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan tubuh sepanjang hari. Berdasarkan kajian, individu yang tidak mengambil sarapan pagi berpeluang untuk tidak produktif berbanding mereka yang mengamalkan sarapan pagi.’

3 buah resepi hasil perkongsian dari Pegawai Dietetik HCTM telah diterbitkan di dalam Majalah iSihat, keluaran April 2018 di dalam ruangan Menu Sihat (mukasurat 55 – 57). 3 resepi tersebut adalah :

  1. Banana Oat Pancake
  2. Blueberries Overnight Oat
  3. Chocolate Granola Shake

Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Nur Hasanah

17 Jan 2018

Pada 22 April 2017, pihak Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Nur Hasanah di Kg Sesapan Kelubi, Beranang.

Objektif program ini adalah untuk:

1. Memupuk nilai-nilai murni, minat dan semangat berkaitan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat dalam kalangan kakitangan UKM.

2. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga UKM terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Search

+