Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan, Pusat Perubatan UKM telah menganjurkan program berbentuk Seminar Childhood Obesity : `Food, Fit, Fun` pada 30 November 2016 bertempat di Auditorium & Ruang Legar Advanced Surgical Skill Centre (ASSC), Pusat Perubatan UKM.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Ceramah Kesihatan
2. Ceramah Pemakanan
3. Sesi Senaman
4. Sesi Interaktif Penyediaan BENTO Oleh Chef dan Pertandingan Penyediaan BENTO
5. Pemeriksaan Antropometri & Indeks Jisim Tubuh Untuk Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
6. Jualan Buku Resipi Sihat
7. Pameran Poster.
Pada 24 September 2016, pihak jabatan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli iaitu di Kg. Sg. Lalang, Hulu Langat.
Antara program yang dijalankan ialah:
1. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
2. Analisa lemak tubuh
3. Pameran poster pemakanan
4. Aktiviti Free market
Diharapkan dengan penganjuran program sebegini dapat menjalinkan interaksi di kalangan kakitangan jabatan dengan masyarakat luar.