Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan adalah jabatan yang mengendalikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan juga membuat pemantauan operasi Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang dikendalikan oleh katerer swasta yang dilantik oleh HCTM.
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh 2 orang Ketua Bahagian, 4 orang Ketua Unit, 10 orang Pegawai Dietetik, 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, seorang Penolong Pegawai Tadbir, 2 orang Pembantu Tadbir dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan
Peranan Jabatan Perkhidmatan Dietetik Dan Sajian Makanan (JPDSM).
Dua entiti perkhidmatan yang diberikan oleh JPDSM adalah :
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal.
- Memantau perkhidmatan Sajian Makanan pesakit di wad yang dikendalikan oleh katerer swasta.
Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada :
- Perkhidmatan pesakit di dalam wad.
- Perkhidmatan pesakit luar.
- Pengurusan perkhidmatan enteral kepada pesakit di wad.
- Pendidikan dan pembelajaran.
- Perkhidmatan komuniti