1. Menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk pembedahan secara elektif dan kecemasan di HCTM bagi semua sub-bidang yang memerlukan perkhidmatan Anestesia.
  2. Menyediakan perkhidmatan rawatan intensif untuk pesakit kritikal di HCTM, khususnya di Unit Rawatan Intensif.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan nyeri (akut dan kronik) ,Klinik Anestesia Perioperatif dan Klinik Pengurusan Kesakitan (Pain Management Clinic)
  4. Jabatan juga menyediakan perkhidmatan setaraf piawaian kebangsaan dan antarabangsa iaitu dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam Anestesia, Rawatan Intensif dan Perubatan yang berkaitan untuk pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan disiplin perubatan yang berkenaan dalam pengkhususan bidang Anestesiologi.