Selamat Datang Ke Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab mengawalselia dan memantau ke atas beberapa unit kritikal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Jabatan ini memastikan kelancaran perkhidmatan perawatan intensif (kritikal) di HCTM setaraf piawaian kebangsaan dan antarabangsa iaitu dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam anestesia, rawatan intensif dan perubatan yang berkaitan untuk pelajar prasiswazah, dan pascasiswazah dan disiplin perubatan yang berkenaan dalam pengkhususan bidang:-

  • Anestesia
  • Rawatan Intensif
  • Pengurusan Nyeri (akut dan kronik)