WORKSHOP ON ICD 11 MORTALITY CODING
Statistik sebenar kematian yang disahkan secara perubatan amat penting bagi membolehkan Malaysia mengenal pasti kadar kematian sebenar yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit tertentu. Statistik ini juga diperlukan untuk tujuan pemantauan indikator penyakit seperti penyakit-penyakit kronik di peringkat kebangsaan dan global. Justeru, ketepatan dalam menentu dan mengkodkan penyakit yang menjadi penyebab kematian amat ditekankan. Ianya memerlukan latihan khusus terutama kepada doktor mahupun Clinical Coder. Menyedari kepentingan ini, Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC), HCTM telah menganjurkan program Latihan WORKSHOP ON ICD 11 MORTALITY CODING diadakan pada 4-5 Jun 2024, bertempat di Makmak Terabyte, Blok Pendidikan HCTM.

