LATIHAN PENSIJILAN ICD TAHUN 2026

23 Jul 2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan,
Pusat Casemix, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sukacitanya menjemput para profesional kesihatan, pengkod klinikal, pegawai rekod perubatan, dan individu yang berminat untuk menyertai siri Latihan Pensijilan ICD Tahun 2026.
Siri kursus profesional yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Certification Course on ICD-9-CM Procedure Coding
    • 🗓️ Tarikh :18 – 19 Ogos 2026
    • 🏢Tempat : MAKMAL TERABYTE, ARAS 5, JABATAN KEJURURAWATAN, BLOK PENDIDIKAN, HCTM
2. Certification Course on Clinical Coding (ICD-11 / ICD-9-CM)
    • 🗓️ Tarikh : 10 – 12 November 2026
    • 🏢 Tempat : MAKMAL TERABYTE, ARAS 5, JABATAN KEJURURAWATAN, BLOK PENDIDIKAN, HCTM

Mengapa Anda Perlu Menyertai Kursus Ini?
    • Meningkatkan Kompetensi: Memantapkan kemahiran dalam pengkodan prosedur klinikal menggunakan standard global terkini (ICD-9-CM dan pengenalan asas ICD-11).
    • Pensijilan Diiktiraf : Kursus dikendalikan secara rasmi oleh pakar pengkodan dan pengurusan kesihatan dari HCTM UKM.
    • Keperluan Industri : Memenuhi standard standardisasi data kesihatan kebangsaan bagi sistem pembiayaan penjagaan kesihatan (Casemix/DRG).

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD! ⚠️
Pendaftaran kini dibuka. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk memperkasakan kerjaya klinikal anda.
Cara Pendaftaran:
    1. Imbas Kod QR yang tertera pada poster rasmi.
    2. Layari laman web rasmi kami di: www.hctm.ukm.my/itcc
Pertanyaan & Maklumat Lanjut:
📧 E-mel: casemix@hctm.ukm.my
Anjuran Bersama:
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Certification Course on ICD-9-CM Procedure Coding
Certification Course on Clinical Coding (ICD-11 / ICD-9-CM)

KURSUS 2026

19 May 2026

CERTFICATION COURSE ON CLINICAL CODING (ICD-11/ICD-9-CM PROCEDURE CODING) SIRI 1/2026

23/06/2026 HINGGA 25/06/2026

MAKMAL TERABYTE, ARAS 5 JABATAN KEJURURAWATAN, BLOK PENDIDIKAN, HCTM

ANJURAN: PUSAT INFORMATIK KESIHATAN (HIC)

 

Objektif Kursus

  1. Memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep, prinsip dan struktur sistem pengelasan penyakit antarabangsa ICD-11 serta ICD-9-CM Procedure Coding.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam proses pengekodan klinikal yang tepat, konsisten dan mematuhi standard dokumentasi klinikal semasa.
  3. Melatih peserta mengenal pasti diagnosis utama, diagnosis sampingan serta prosedur berdasarkan rekod perubatan dan dokumentasi klinikal pesakit.
  4. Memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap penggunaan kod bagi tujuan pelaporan statistik, Casemix, pengurusan data kesihatan dan tuntutan pembiayaan kesihatan.
  5. Menyediakan peserta untuk menduduki peperiksaan pensijilan pengekodan klinikal serta mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam persekitaran kerja sebenar.

 

Sinopsis Kursus

Kursus Certification Course on Clinical Coding (ICD-11/ICD-9-CM Procedure Coding) merupakan program latihan profesional yang direka bagi memberikan pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan pengekodan diagnosis penyakit dan prosedur klinikal menggunakan standard antarabangsa ICD-11 dan ICD-9-CM Procedure Coding.

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada struktur dan prinsip ICD-11, peraturan serta garis panduan pengekodan, interpretasi dokumentasi klinikal, pemilihan diagnosis utama dan diagnosis sekunder, serta pengekodan prosedur perubatan dan pembedahan. Peserta juga akan didedahkan kepada latihan kajian kes, simulasi pengekodan dan aplikasi pengekodan dalam sistem Casemix serta pengurusan maklumat kesihatan.

Di akhir kursus, peserta diharapkan dapat melaksanakan proses pengekodan klinikal secara tepat, berkualiti dan selaras dengan standard amalan terbaik bagi menyokong pengurusan data kesihatan hospital dan sistem pelaporan kesihatan.

 

Sasaran Peserta

Kursus ini terbuka kepada:

  • Clinical Coder
  • Pegawai Rekod Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan / Penolong Pegawai Perubatan
  • Jururawat yang terlibat dengan dokumentasi klinikal
  • Pegawai Teknologi Maklumat Kesihatan
  • Pegawai Casemix dan Informatik Kesihatan
  • Pegawai Statistik Kesihatan
  • Pegawai Perubatan dan pegawai klinikal yang terlibat dalam dokumentasi pesakit
  • Kakitangan hospital kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pengurusan rekod perubatan dan data klinikal
  • Individu yang berminat untuk membangunkan kerjaya dalam bidang Clinical Coding dan Health Information Management.

 

Maklumat Tambahan

Kursus ini adalah kursus berbayar dengan yuran penyertaan sebanyak RM1000.00 seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh kursus, kandungan modul, yuran penyertaan dan syarat pendaftaran, sila klik brosur kursus di bawah dan imbas kod QR yang disediakan untuk tujuan pendaftaran.

https://bit.ly/HICICDTRAINING2026

 

 

 

 

 

 

 


CCE Bil 2/2026

19 May 2026

Tarikh : 15 Mei 2026

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Seminar PIK

Penceramah : Dr. Nurul Hasanah Saat

KURSUS ORIENTASI HO BIL 2/2026

30 Apr 2026

TARIKH : 29 APRIL 2026 (RABU)
MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK SEMINAR HIC

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

3 Apr 2026

 

 

                                                                             
Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja Pusat Informatik Kesihatan (HIC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pesakit, pelawat, rakan strategik, serta seluruh warga UKM.

Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Dalam kemeriahan meraikan kemenangan ini, marilah kita terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.

Tulus Ikhlas daripada:
Warga Kakitangan Pusat Informatik Kesihatan (HIC), HCTM 
1 2 3 17

Search

+