Pelawaan Penyertaan Certification Of Intermediate Course On Disease Coding

14 Jul 2022

Adalah dimakluman Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal (ITCC) telah merancang untuk mengadakan Certification of Intermediate Course on Disease Coding mulai 15 Ogos 2022 sehingga 19 Ogos 2022 (5 Hari). Sehubungan itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada jabatan/organisasi YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam program ini. Bersama-sama ini dilampirkan brosur program untuk rujukan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia di talian 03-9145 7771/6445/6988 atau emel ke casemix@ppukm.ukm.edu.my.

 

Kursus : Certification Of Intermediate Course On Disease Coding

Tarikh : 15 – 19 Ogos 2022 (5 Hari)

Yuran: RM 1,250.00/Peserta

Tempat : Atas talian

Selamat Hari Raya Aidilfitri

26 Apr 2022
Pusat Antarabangsa Casemix & Pengekodan Klinikal (ITCC) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga HCTM dan UKM.

Kursus Sanggar Kerja ITCC 2022

8 Apr 2022
TAJUK : KURSUS SANGGAR KERJA ITCC 2022
TARIKH : 21-23 JANUARI 2022
TEMPAT : GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Tahniah Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin

20 Jan 2022

Sekalung tahniah kepada Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin atas pelantikan semula sebagai Ketua Pusat Antarabangsa Casemix & Pengekodan Klinikal (ITCC) HCTM berkuatkuasa 15 Januari 2022 sehingga 14 Januari 2024.

Sesi Perpisahan Kakitangan ITCC diraikan secara atas talian (online)

19 Aug 2021

Sesi Perpisahan Kakitangan ITCC telah diadakan pada 12 Ogos 2021 pada jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Komputer ITCC. Sesi ini diadakan secara atas talian untuk Kakitangan ITCC, Puan Wan Masyitah Binti Wan Shukri yang akan bertukar penempatan ke Hospital Pakar Kanak-kanak setelah mendapat jawatan Pembantu Tadbir Tetap di sana. Hadir dalam sesi serba ringkas ini ialah Ketua Jabatan ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin dan Timbalan Ketua Jabatan Dr. Norfarhana Samsudin serta semua kakitangan ITCC. Diharapkan kakitangan yang diraikan dapat menimba pengalaman dan semoga berjaya di tempat baharu.

Latihan Sangkutan Kakitangan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM di Pusat Antarabangsa Casemix & Pengekodan Klinikal (ITCC)

30 Apr 2021

Tarikh: 1/3/2021 – 23/3/2021

Tujuan Latihan: Untuk menjalani latihan sangkutan di ITCC bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan secukupnya sebelum kakitangan melakukan kerja-kerja pengekodan klinikal di peringkat HPKK.

Nama Kakitangan HPKK:

  1. i) Muhammad Izrul Zahin Mahamad Rezali (Pembantu Tadbir N19)
  2. ii) Ahmad Zairul Hafizzat Omar (Pembantu Tadbir N19)

1 12 13 14 15 16

Search

+