Senarai Kursus Sepanjang Tahun 2022
ITCC telah menyusun penganjuran kursus sepanjang tahun 2022. Maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan layari: https://hctm.ukm.my/ITCC/kemudahan-perkhidmatan-akademik/
ITCC telah menyusun penganjuran kursus sepanjang tahun 2022. Maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan layari: https://hctm.ukm.my/ITCC/kemudahan-perkhidmatan-akademik/
Sekalung tahniah kepada Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin atas pelantikan semula sebagai Ketua Pusat Antarabangsa Casemix & Pengekodan Klinikal (ITCC) HCTM berkuatkuasa 15 Januari 2022 sehingga 14 Januari 2024.
Laporan Tahunan ITCC 2020 telah siap dibukukan dan boleh dicapai melalui halaman Laporan Tahunan.
Sesi Perpisahan Kakitangan ITCC telah diadakan pada 12 Ogos 2021 pada jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Komputer ITCC. Sesi ini diadakan secara atas talian untuk Kakitangan ITCC, Puan Wan Masyitah Binti Wan Shukri yang akan bertukar penempatan ke Hospital Pakar Kanak-kanak setelah mendapat jawatan Pembantu Tadbir Tetap di sana. Hadir dalam sesi serba ringkas ini ialah Ketua Jabatan ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin dan Timbalan Ketua Jabatan Dr. Norfarhana Samsudin serta semua kakitangan ITCC. Diharapkan kakitangan yang diraikan dapat menimba pengalaman dan semoga berjaya di tempat baharu.

Tarikh: 1/3/2021 – 23/3/2021
Tujuan Latihan: Untuk menjalani latihan sangkutan di ITCC bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan secukupnya sebelum kakitangan melakukan kerja-kerja pengekodan klinikal di peringkat HPKK.
Nama Kakitangan HPKK:



KURSUS : CERTIFICATION COURSE ON DISEASE CODING
TARIKH : 19-20 APRIL 2021
TEMPAT : SECARA ATAS TALIAN
YURAN : RM250.00 SEHARI/PESERTA
DAFTAR DISINI –>
TARGET PESERTA :
Semua Kakitangan dan Pelajar Kesihatan dalam Perubatan Pelbagai Peringkat di Perkhidmatan Kesihatan Kerajaan dan Swasta Terutamanya Koder Klinikal.
ANJURAN :
Pusat Antarabangsa Casemix Dan Pengekodan Klinikal (ITCC, HCTM, UKM)

Pusat Antarabangsa Casemix Dan Pengekodan Klinikal (ITCC) telah mengadakan mesyuarat pendek berkaitan PKP 2.0 & Majlis Perpisahan kakitangan pada 8 Januari 2021 pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat ITCC.


ITCC telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan & Majlis Keraian kakitangan pada 21 Ogos 2019 pukul 9 pagi di bilik mesyuarat ITCC.


(Majlis sambutan kelahiran anak di ITCC)