Majlis Perpisahan Kakitangan ITCC
Sesi Majlis Perpisahan Kakitangan ITCC telah diadakan pada 11 Mac 2022 pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat ITCC. Majlis ini diadakan untuk Puan Wan Suzaida Binti Wan Mohd Suhaimi yang akan bertukar penempatan ke Universiti Sultan Zainal Abidin – UniSZA dengan mendapat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 di sana. Hadir dalam sesi serba ringkas ini ialah Ketua Jabatan ITCC, Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin dan semua kakitangan ITCC. Diharapkan kakitangan yang diraikan dapat menimba pengalaman dan semoga berjaya di tempat baharu.


