KURSUS 2026

19 May 2026

CERTFICATION COURSE ON CLINICAL CODING (ICD-11/ICD-9-CM PROCEDURE CODING) SIRI 1/2026

23/06/2026 HINGGA 25/06/2026

MAKMAL TERABYTE, ARAS 5 JABATAN KEJURURAWATAN, BLOK PENDIDIKAN, HCTM

ANJURAN: PUSAT INFORMATIK KESIHATAN (HIC)

 

Objektif Kursus

  1. Memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep, prinsip dan struktur sistem pengelasan penyakit antarabangsa ICD-11 serta ICD-9-CM Procedure Coding.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam proses pengekodan klinikal yang tepat, konsisten dan mematuhi standard dokumentasi klinikal semasa.
  3. Melatih peserta mengenal pasti diagnosis utama, diagnosis sampingan serta prosedur berdasarkan rekod perubatan dan dokumentasi klinikal pesakit.
  4. Memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap penggunaan kod bagi tujuan pelaporan statistik, Casemix, pengurusan data kesihatan dan tuntutan pembiayaan kesihatan.
  5. Menyediakan peserta untuk menduduki peperiksaan pensijilan pengekodan klinikal serta mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam persekitaran kerja sebenar.

 

Sinopsis Kursus

Kursus Certification Course on Clinical Coding (ICD-11/ICD-9-CM Procedure Coding) merupakan program latihan profesional yang direka bagi memberikan pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan pengekodan diagnosis penyakit dan prosedur klinikal menggunakan standard antarabangsa ICD-11 dan ICD-9-CM Procedure Coding.

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada struktur dan prinsip ICD-11, peraturan serta garis panduan pengekodan, interpretasi dokumentasi klinikal, pemilihan diagnosis utama dan diagnosis sekunder, serta pengekodan prosedur perubatan dan pembedahan. Peserta juga akan didedahkan kepada latihan kajian kes, simulasi pengekodan dan aplikasi pengekodan dalam sistem Casemix serta pengurusan maklumat kesihatan.

Di akhir kursus, peserta diharapkan dapat melaksanakan proses pengekodan klinikal secara tepat, berkualiti dan selaras dengan standard amalan terbaik bagi menyokong pengurusan data kesihatan hospital dan sistem pelaporan kesihatan.

 

Sasaran Peserta

Kursus ini terbuka kepada:

  • Clinical Coder
  • Pegawai Rekod Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan / Penolong Pegawai Perubatan
  • Jururawat yang terlibat dengan dokumentasi klinikal
  • Pegawai Teknologi Maklumat Kesihatan
  • Pegawai Casemix dan Informatik Kesihatan
  • Pegawai Statistik Kesihatan
  • Pegawai Perubatan dan pegawai klinikal yang terlibat dalam dokumentasi pesakit
  • Kakitangan hospital kerajaan atau swasta yang terlibat dalam pengurusan rekod perubatan dan data klinikal
  • Individu yang berminat untuk membangunkan kerjaya dalam bidang Clinical Coding dan Health Information Management.

 

Maklumat Tambahan

Kursus ini adalah kursus berbayar dengan yuran penyertaan sebanyak RM1000.00 seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh kursus, kandungan modul, yuran penyertaan dan syarat pendaftaran, sila klik brosur kursus di bawah dan imbas kod QR yang disediakan untuk tujuan pendaftaran.

https://bit.ly/HICICDTRAINING2026

 

 

 

 

 

 

 


Search

+