Program ITCC Bersama Komuniti
Program DEKAT DI HATI telah dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa Casemix Dan Pengekodan Klinikal (ITCC) bertujuan meringankan beban pelajar Asnaf Siraj Suba untuk menghadapi sesi persekolahan. Seramai 70 orang pelajar telah terpilih untuk menerima bantuan.
Program ini berlangsung pada 16 Mac 2022 yang bertempat di Sekolah Intergrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Bin Affan, Bandar Tun Razak, Cheras.


