Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kontraktor dan Vendor Lantikan HCTM 2024
Tarikh : 11 Mac 2024
Tempat : Auditorium ASSC, HCTM
Taklimat oleh : Encik Muhammad Sharif Mat Jamal (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)
Tajuk : Larangan Merokok dan Kebersihan Persekitaran di Hospital
Galeri : Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kontraktor dan Vendor Lantikan HCTM 2024
Laporan :
Isnin 11 Mac 2024
Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kontraktor dan Vendor Lantikan HCTM 2024 telah diadakan bertempat di Auditorium ASSC, HCTM. Taklimat ini dianjurkan bersama Jabatan Pembangunan Prasarana KKL dan Jawatankuasa Keselamatan Persekitaran HCTM. Unit Kesihatan Awam yang diwakili oleh Encik Muhammad Sharif, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan Larangan Merokok dan Kebersihan Persekitaran di Hospital. Penganjuran program seperti ini jelas dapat meningkatkan pematuhan pihak kontraktor dan vendor lantikan HCTM terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan disamping pematuhan terhadap aspek perundangan.



