Seminar Kesihatan Awam
Tarikh : 4 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi -12.30 tengah hari
Tempat : Auditorium HCTM dan ZOOM online
Yuran : Percuma
Pautan Pendaftaran : tinyurl.com/72j6759k
Pautan Pendaftaran UKM : sistem Urusbakat
Pautan Poster : Muat turun fail (png)
Mata MMA CPD : 4
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam (UKA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk dan Penceramah :
- Pengenalan kepada Unit Kesihatan Awam (UKA) – Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Rohaizat Hassan (Ketua Unit Kesihatan Awam, HCTM).
- Notifikasi, Aktiviti Kawalan dan Langkah Pencegahan di Hospital – En. Nazlee Mohd Zin (Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP), Unit Kesihatan Awam HKL).
- Akta dan Perundangan – En. Mohd Hushairi Mokhtar (Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (KPPKP), Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Cheras).
- Nyamuk, Kitaran Hidup, Penyakit Bawaan Nyamuk dan Langkah Pencegahan – Dr. Aishah Hani Azil (Pensyarah Fakulti Perubatan UKM).
Galeri : Seminar Kesihatan Awam
Laporan Penuh : Seminar Kesihatan Awam UKA (pdf).
Laporan :
Unit Kesihatan Awam (UKA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan Seminar Kesihatan Awam yang diadakan pada 4 Jun 2024 di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan, fungsi dan peranan UKA di hospital khususnya di HCTM. Selain itu, program ini juga merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran latihan lapangan bagi penganjuran program pelajar Doktor Kesihatan Awam, JPKA dan pelajar latihan industri UKA.
Pengisian utama program ini adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Rohaizat Hassan, Ketua Unit Kesihatan Awam HCTM, Dr. Aishah Hani Azil, Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM, Encik Nazlee Mohd Zin, Unit Kesihatan Awam HKL dan Encik Mohd Hushairi Mokhtar, Pejabat Kesihatan Cheras. Turut diadakan Pameran Kesihatan Awam di ruang legar Auditorium, HCTM.
Seminar hybrid ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 65 peserta secara bersemuka dan 300 peserta secara atas talian.
Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan).
Hadir sama, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Ketua-ketua Jabatan dan warga UKM.
Sumber : FB Hospital Canselor Tuanku Muhriz
