Program Pemakanan Sihat – SK Jalan Hang Tuah 1
Tarikh : 6 Mei 2025 (Selasa)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur
Dirasmikan oleh : Profesor Madya Dr. Norfazilah Ahmad (Pakar Kesihatan Awam)
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
- Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL
- Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1)
Laporan : Program Pemakanan Sihat – SK Jalan Hang Tuah 1 (pdf)
Objektif Program :
- Mengukur tahap pengetahuan pelajar tentang amalan pemakanan sihat dan kepentingan makanan berkhasiat.
- Mengumpul dan menilai tahap kesihatan pelajar melalui pengukuran antropometri.
- Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui fakta, amalan dan penyediaan makanan yang sihat dan seimbang.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sama dalam penyediaan makanan sihat dan seimbang.
- Memantau dan menilai tahap keberkesanan program melalui perubahan amalan pemakanan sihat sebelum dan selepas program.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penganjuran program komuniti dalam kalangan pelajar latihan industri.
