Program Pemakanan Sihat
Tarikh & Tempat :
- 14 Mei 2024 (Selasa) – Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur
- 21 Mei 2024 (Selasa) – Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur
Dirasmikan oleh : Profesor Madya Dr. Norfazilah Ahmad (Pakar Kesihatan Awam)
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
- Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL
- Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1)
- Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1
Laporan penuh :
Objektif Program :
- Mengukur tahap pengetahuan pelajar tentang amalan pemakanan sihat dan kepentingan makanan berkhasiat.
- Mengumpul dan menilai tahap kesihatan pelajar melalui pengukuran antropometri.
- Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui fakta, amalan dan penyediaan makanan yang sihat dan seimbang.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sama dalam penyediaan makanan sihat dan seimbang.
- Memantau dan menilai tahap keberkesanan program melalui perubahan amalan pemakanan sihat sebelum dan selepas program.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penganjuran program komuniti dalam kalangan pelajar latihan industri.
Galeri :
Laporan :
Selasa 14 Mei 2024
Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) & Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) Fakulti Perubatan UKM, dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berkolaborasi melaksanakan Program Pemakanan Sihat sempena Program Mobile Community Services HCTM di Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 1, Kuala Lumpur.
Program sulung UKA ini bertujuan mempromosikan pengetahuan dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah kumpulan rentan B40 di Kuala Lumpur . Program ini menepati hasrat dan matlamat UKA dan HCTM bagi menyantuni masyarakat B40 melangkaui sempadan. Ia juga memenuhi sasaran keterlibatan Quadruple Helix iaitu akademia, agensi kerajaan, industri dan komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengukuran antropometrik, kenali piramid makanan 2020, pinggan sihat malaysia suku-suku separuh, pameran kesihatan dan aktiviti menyediakan sarapan sihat (sushi roll). Seramai 140 pelajar tahun 5 dan 6 terlibat dalam aktiviti ini.
Pengarah Projek, Prof Madya Dr Norfazilah Ahmad dalam ucapan perasmian penutupan memberikan penekanan kepada semua peserta termasuk pelajar, guru-guru mahupun kakitangan untuk meneruskan amalan ini dalam kehidupan seharian. Program ini dikendalikan bersama oleh pelajar latihan industri di bawah bimbingan Pakar Perunding Kanan Kesihatan Awam UKA, pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan awam DBKL dan guru-guru sekolah.
Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan industri iaitu Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. yang turut mengendalikan sesi ceramah pemakanan sihat berserta tajaan minuman susu kultur probiotik. Program ini turut mendapat bantuan dan liputan oleh Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM.
Program diakhiri dengan acara penyerahan simbolik wasilah jalinan kerjasama di antara HCTM dengan pihak sekolah oleh Ketua UKA, Mejar Bersekutu (PA) Prof Dr Mohd Rohaizat Hassan kepada pihak pengurusan sekolah.
Sumber : FB Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Selasa 15 Mei 2024
Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) Fakulti Perubatan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program Pemakanan Sihat siri kedua sempena Program Mobile Community Services (MCS) HCTM di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Syeksyen 1, Kuala Lumpur, hari ini.
Program MCS yang diadakan ini bertujuan mempromosikan pengetahuan dan amalan pemakanan sihat serta menyantuni para pelajar sekolah dalam kumpulan rentan B40 di Kuala Lumpur.
Berucap dalam majlis, Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad, Ketua Program berharap semua peserta termasuk pelajar, guru dan kakitangan dapat meneruskan amalan ini dalam kehidupan seharian.
Program yang berlangsung selama setengah hari ini dimeriahkan dengan kehadiran 185 pelajar tahun 6. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pengukuran antropometrik, kenali piramid makanan 2020, pinggan sihat Malaysia suku-suku separuh, pameran kesihatan dan penyediaan sarapan sihat (sushi roll).
Program diakhiri dengan simbolik penyerahan wasilah yang disampaikan oleh Ketua Program kepada pihak Pengurusan Sekolah.
Turut serta dalam program ini adalah Pakar Perunding Kanan Kesihatan Awam UKA, Pegawai Perubatan dan Jabatan Multimedia dan Penyiaran.
Sumber : FB Hospital Canselor Tuanku Muhriz


