Program IKMAS – Felda Sg Behrang, Perak
Tarikh : 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Semai Bakti, Felda Sg Behrang, Perak
Dirasmikan oleh :
YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad
Menteri Besar Perak
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
- Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Perak
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Galeri : Program IKMAS – Felda Sg Behrang, Perak
Tema : Menyatuni Golongan Rentan, Melangkaui Sempadan
Objektif Program :
- Mempromosikan penuaan sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya.
- Menggembleng usaha bagi meningkatkan taraf kesihatan yang optimum dan mencapai kehidupan yang berkualiti dalam kalangan warga emas.
- Memperkasakan aktiviti kesukarelawanan di dalam penjagaan kesihatan yang melibatkan Warga Emas dalam kalangan pelajar pra dan pasca-siswazah serta kakitangan HCTM.
- Memperkasakan komuniti Warga Emas dalam aspek pencegahan penyakit dan amalan kesihatan yang betul melalui bimbingan oleh Pakar-pakar Kesihatan Awam dari Fakulti Perubatan UKM dan HCTM.
